Sejarah Al-Quran Di Turunkan Dan Sahabat Nabi SAW Pencinta Al-Quran.

Ada beberapa maksud Al-Quran yang dapat diterjemahkan iaitu menghimpun dan mengumpulkan, dan qiraah. Maksud menghimpun itu mengumpulkan huruf-huruf dan kata-kata antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu ucapan/bacaan yang di susun rapi. Pada asalnya Al-Quran seperti qiraah, iaitu masdar (infiniti) dari kata qara’a, qiraatan, quranan. Allah SWT berfirman:

Kenapa Allah menurunkan wahyu ini kepada Rasulullah SAW?

Ramai manusia yang sedia maklum, Al-Quran diturunkan bertujuan untuk membimbing manusia sekaligus menghapuskan perbezaan antara kelompok manusia dengan kelompok yang lain. Perbezaan sememangnya tidak dapat dicegah pada sejak dari zaman para nabi lagi kerana ajaran para nabi amat terbatas dahulu.  Penurunan wahyu ini juga sebenarnya tersembunyi hikmah yang amat besar,

Cuba bayangkan sekiranya Al-Quran tidak diturunkan ketika itu. Pasti perbezaan pendapat antara manusia terus berlangsung. Malah sehingga hari ini pun, masih juga terdapat jurang perbezaan antara sesame manusia, kaum dan agama. Namun terdapat segelintir golongan yang semakin berakal selepas turunnya kalam Allah Al-Quran pada hari ini.

Apa yang lebih parah lagi, sekiranya Al-Quran tidak di turunkan, dunia sudah pasti tidak akan mengenali pencipta-Nya. Sekaligus tidak mengetahui pencipta-Nya itu mempunyai tujuan yang agung. Tujuannya Allah itu menjadi rahsia tersirat yang terkandung didalam Al-Quran itu sendiri. Hanya mereka yang benar-benar berada di dalam perjalanannya itu akan mengerti sepenuhnya makna tersirat yang disembunyikan itu.

Kebiasaannya hanya golongan para aulia, ulama-ulama serta para masyaikh yang lebih memilih berada di dalam perjalanan mereka sekaligus menjadikann Al-Quran sebagai sahabat sejati mereka. Kerana bagi mereka, Al-Quran itu sebagai pendorong kehidupan mereka dalam mencapai keinginan mereka yang lebih untuk mencintai Allah dan Rasulullah SAW.

Al-Quran itu mukjizat Allah yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah SAW.

Penurunan kalam al-Quran ini juga dikatakan salah satu titik pertemuan di antara agama-agama (samawi) sebelum kedatangan Islam. Malah ia merupakan keharusan dan bukan penghalang akan kedatangan seorang Nabi yang akan menyatukan mereka itu semua. Ini juga dikatakan mukjizat yang agung bagi Nabi Muhammand SAW.

Pada hari ini, kitab al-Quran telah lengkap dengan tanda baris serta wakaf dan titik yang memudahkan untuk kita membacanya. Sehingga kini telah melalui lima fasa bermula dengan penulisan wahyu Allah SWT oleh sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW.

Ketika hayat Baginda, al-Quran disampaikan melalui hafazan dengan cara bertalaqi antara sahabat dan guru (Rasulullah SAW). Dalam masa yang sama, Baginda akan meminta sahabat yang dipertanggungjawabkan untuk menulis wahyu Allah SWT itu agar ayat-ayat Al-Quran itu dapat terus dibaca dan dijadikan pegangan dalam kehidupan sehingga akhir zaman.

Pada ketika itu, Rasulullah SAW mempunyai 44 orang penulis yang amat mahir dalam soal penulisan. Tapi terdapat enam tokoh yang istimewa di pilih menjadi penulis tetap wahyu. Manakala  tugasan menulis surat rasmi dipertanggungjawabkan kepada sahabat yang lain.

Antara enam penulis al-Quran yang paling popular dalam kalangan sahabat ketika itu, ialah, Uthman ibnu Affan, Muawiyah ibnu Abi Sufyan,  Zaid ibnu Thabit, Ubai ibnu Kaab, Abdullah ibnu Saad dan Ali ibnu Abi Talib. Mereka ini diberi tanggungjawab oleh Rasulullah SAW untuk menulis wahyu yang disampaikan oleh Allah kepada Baginda pada masa itu.

Pada zaman itu penulisan Al-Quran dibuat daripada tulang unta dan kambing yang sudah disamak (al-aktaf), potongan kayu (al-aktab), pelepah tamar (al-usyuk), ketulan batu (al-likhaf) dan kulit atau ar-riqa’.

BEBERAPA KISAH SAHABAT NABI SAW YANG SANGAT MENCINTAI AL-QURAN.

Pada zaman ini, telah banyak kisah sahabat Nabi SAW yang digambarkan begitu mencintai Alquran. Al-Quran itu bagi mereka mendarah daging buat diri mereka. Rasa cinta mereka terhadap al-Quran itu tak dapat ditandingi oleh siapa pun.

Seperti terdapat satu kerugian yang begitu besar bagi mereka sekiranya mereka tidak dapat membaca Al-Quran. Yang paling berharga buat mereka, tatkala membaca Alquran penghayatan yang mereka dapatkan begitu tinggi sekali. Deraian air mata yang bercucuran sangat deras saat membacanya.

Mari lihat sahabat Nabi SAW pencinta Al-Quran.

Download E-Book TEKNIK CEMERLANG
Mahir Membaca Al-Quran Tanpa Belajar #4Jam SAHAJA !

Masukkan Nama & Email Untuk Download Ebook Edisi Terhad Ini.

Dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan seluruhnya, Sayyib Qutb pernah menyatakan bahawa generasi sahabat pada zaman Rasulullah SAW adalah antara generasi yang paling istimewa. Mereka ini bukan sahaja menghafal serta menadaburi Al-Quran, malah mereka mengamalkan setiap perkara dengan berpandukan al-Quran sepenuhnya.

InsyaaAllah dengan perkongsian ini menjawab persoalan tentang sejarah kewujudan Al-Quran. Dan saya mendoakan juga kita semua mampu meneladani para sahabat Rasulullah dalam mencintai dan menadaburi Alquran. Amin. Wallahu a’lam bisshawab.