Al-Maghribi

UNTUKMU SAHABAT AL-QURAN..

IKUTILAH KISAH KAMI....

AL-MAGHRIBI..... IniLah Kami !!!

 

Al-Maghribi..! Adalah satu nama bagi sebuah penghasilan dalam inovasi dan kreativiti    tentang al-Qur’an. Al-Qur’an Kalamullah yang telah diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam, dengan perantaraan Malaikat Jibrail A’laihi Salam  sebagai imam dan panduan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi ini. Diwajibkan   kepada seluruh umat Islam yang mengucap Dua Kalimah Syahadah untuk mengimaninya sebagai salah satu diantara Rukun Iman.

Itulah al-Qur’an yang mempunyai 30 juzuk, 114 surah dan 6666 ayat yang Allah perintahkan kepada umat Islam untuk membacanya dan mengambil pengajaran darinya. Atas perintah  Allah itulah maka Al-Maghribi mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan ilmu-ilmu tentang  al-Qur’an supaya seluruh umat Islam dapat membaca dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka didunia ini dan untuk bekalan mereka diakhirat kelak.

Al-Qur’an adalah satu-satunya mukjizat yang masih kekal sehingga kehari ini, setiap  Rasul yang dikurniakan mukjizat kepadanya telah ditarik balik mukjizat itu bersamaan dengan kewafatan Rasul tersebut, tetapi tidak al-Qur’an!.. Allah mengizinkan mukjizat al-Qur’an ini berterusan sehingga kesatu masa yang telah ditentukan olehNya. Inilah diantara kelebihan umat Nabi Muhammad SAW yang terus dapat membaca dan mengamalkan isi kandungan al-Qur’an.

Allah Tuhan Kami.. Muhammad SAW Rasul Kami.. Islam Agama Kami dan al-Qur’an Panduan Kami...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *