Al-Maghribi

JOM KENAL DENGAN PENGASAS AKADEMI AL-MAGHRIBI SEJAGAT !

Ustaz Dr. H. Muhammad Nuri Al-Maghribi anak kelahiran Indonesia, telah mendapat pendidikan awal dan menengah di  tanah kelahirannya. Beliau merupakan pemegang sijil PhD didalam Tasawwuf di Universiti Abdul Malik Al- Sa’di, Morocco (2008) dan PhD di dalam Usul Fiqh di Universiti Malaya, Malaysia (2015).

Ustaz Dr. H. Muhammad Nuri al-Maghribi  menimba ilmu al-Qur’an daripada ramai masyaikh  tersohor antaranya: Syekh Dr. Bassam al-Hijazai al-Misri, Syekh Hamim al-Teba’i, Syekh Iwan Sagita al-Kagungi, Syekh Ali Shofi al-Misri, sehingga beliau menguasai 10 qiraat bersanad al-Qur’an, ilmu tilawah, tafsir dan tarannum dengan baik.  Penelitian yang mendalam, pengalaman yang luas dan pemikiran bahawa pembelajaran al-Qur’an tidak memerlukan masa yang lama mencetuskan idea kepada beliau untuk mengasaskan kaedah pembelajaran al-Qur’an secara cepat dan efektif  iaitu kaedah al-Maghribi.  Kaedah al-Maghribi menggabungkan kesemua aspek bermula daripada Ta’lim, Tahfiz, Tafhim dan Tahqiq dengan memberi tumpuan kepada penguasaan al-Qur’an dalam masa yang singkat sebagai penyelesaian kepada kemelut dan masalah pembelajaran al-Qur’an yang sering dihadapi oleh masyarakat.

Antara teknik-teknik yang diperkenalkan adalah: Kaedah Belajar Membaca al-Qur’an dalam tempoh 4 jam, Kaedah Menghafaz Satu Muka Surat al-Quran dalam tempoh 15 minit, Kaedah Memahami al-Qu’ran hanya dalam masa 8 jam, Kaedah Mengenal Rasa dan Rahsia  al-Qur’an dalam masa 4 jam.

Beliau juga mengasaskan Kaedah Bahasa Arab Untuk Memahami Al-Qur’an dan Kaedah Mahir Bahasa Arab: Nahu dan Sorof Secara Pantas

MAKLUMAT AKADEMI AL-MAGHRIBI SEJAGAT

Akademi Al-Maghribi Sejagat semestinya diilhamkan oleh Tuan Guru Sheikh Ahmad Muhammad Al-Jailani – Dr.Muhammad Nuri sendiri. Beliau berhajat dengan penubuhan Akademi Al-Maghribi Sejagat ini dapat membantu golongan-golongan yang ingin menghafal al-Qur’an dengan pantas disamping memperhalusi adab-adab yang perlu diterapkan semasa mereka menjadi santri-santri di Akademi Al-Maghribi Sejagat. Alhamdulillah, walaupun waktu perancangan penubuhan Akademi Al-Maghribi Sejagat amatlah singkat. Namun, 12 Disember lepas, seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru, Akademi Al-Maghribi Sejagat telah adakan majlis pelancaran dan alhamdulilah mendapat sambutan ramai.

Haaa berminat ? PM jer admin insha Allah, kehadiran anda amat kami nanti-nantikan.

LOKASI :

Rumah Perlindungan RaudhatulJannah,
No 39, Jalan Pelangi 2, Taman Pelangi, Sentul

SESI KEDUA BERMULA:

1 JANUARI 2020

TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEKARANG!

Tempahan mengambil masa kurang dari 1 minit sahaja, tiada cas tersembunyi.

Perlukan Bantuan? Hubungi Hotline Al-Maghribi

0123831797

Ustaz Nazri

01115182164

Ustazah Anis