Al-Maghribi

JOM KENAL DENGAN PENGASAS RUMAH TAHFIZ !

Ustaz Dr. H. Muhammad Nuri Al-Maghribi anak kelahiran Indonesia, telah mendapat pendidikan awal dan menengah di  tanah kelahirannya. Beliau merupakan pemegang sijil PhD didalam Tasawwuf di Universiti Abdul Malik Al- Sa’di, Morocco (2008) dan PhD di dalam Usul Fiqh di Universiti Malaya, Malaysia (2015).

Ustaz Dr. H. Muhammad Nuri al-Maghribi  menimba ilmu al-Qur’an daripada ramai masyaikh  tersohor antaranya: Syekh Dr. Bassam al-Hijazai al-Misri, Syekh Hamim al-Teba’i, Syekh Iwan Sagita al-Kagungi, Syekh Ali Shofi al-Misri, sehingga beliau menguasai 10 qiraat bersanad al-Qur’an, ilmu tilawah, tafsir dan tarannum dengan baik.  Penelitian yang mendalam, pengalaman yang luas dan pemikiran bahawa pembelajaran al-Qur’an tidak memerlukan masa yang lama mencetuskan idea kepada beliau untuk mengasaskan kaedah pembelajaran al-Qur’an secara cepat dan efektif  iaitu kaedah al-Maghribi.  Kaedah al-Maghribi menggabungkan kesemua aspek bermula daripada Ta’lim, Tahfiz, Tafhim dan Tahqiq dengan memberi tumpuan kepada penguasaan al-Qur’an dalam masa yang singkat sebagai penyelesaian kepada kemelut dan masalah pembelajaran al-Qur’an yang sering dihadapi oleh masyarakat.

Antara teknik-teknik yang diperkenalkan adalah: Kaedah Belajar Membaca al-Qur’an dalam tempoh 4 jam, Kaedah Menghafaz Satu Muka Surat al-Quran dalam tempoh 15 minit, Kaedah Memahami al-Qu’ran hanya dalam masa 8 jam, Kaedah Mengenal Rasa dan Rahsia  al-Qur’an dalam masa 4 jam.

Beliau juga mengasaskan Kaedah Bahasa Arab Untuk Memahami Al-Qur’an dan Kaedah Mahir Bahasa Arab: Nahu dan Sorof Secara Pantas

MAKLUMAT RUMAH TAHFIZ AL-MAGHRIBI

Rumah Tahfiz Al-Maghribi semestinya diilhamkan oleh Tuan Guru Sheikh Ahmad Muhammad Al-Jailani – Dr.Muhammad Nuri sendiri. Beliau berhajat dengan penubuhan Rumah Tahfiz Al-Maghribi ini dapat membantu golongan-golongan yang ingin menghafal al-Qur’an dengan pantas disamping memperhalusi adab-adab yang perlu diterapkan semasa mereka menjadi santri-santri di Rumah Tahfiz Al-Maghribi. Alhamdulillah, walaupun waktu perancangan penubuhan Rumah Tahfiz Al-Maghribi amatlah singkat. Namun, 12 Disember lepas, seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru, Rumah Tahfiz telah adakan majlis pelancaran dan alhamdulilah mendapat sambutan ramai. Tuan Guru berhajat untuk tidak mengenakan bayaran bulanan kepada para santri, hanya dikenakan yuran komitmen sekali seumur hidup.

Haaa berminat ? PM jer admin insha Allah, kehadiran anda amat kami nanti-nantikan.

LOKASI :

Rumah Perlindungan RaudhatulJannah,
No 39, Jalan Pelangi 2, Taman Pelangi, Sentul

SESI KEDUA BERMULA:

1 JANUARI 2020

TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEKARANG!

Tempahan mengambil masa kurang dari 1 minit sahaja, tiada cas tersembunyi.

Perlukan Bantuan? Hubungi Hotline Al-Maghribi

0123831797

Ustaz Nazri

01115182164

Ustazah Anis